ALL ABOUT HAIR COLOR

It is okay…

Shop now or later, at least now you know more about hair color and how Islam love beauty.

High Quality & Hair Color – Sah wuduk

PERTAMA KALI? INGIN TAHU, TAK PASTI COLOR?

Ada tidak pernah warna rambut? Tak pasti nak beli warna apa?

Sila nyatakan:

a) Nak tutup uban?

b) Ubah gaya dan warna rambut?

c) Fahami rambut – struktur tebal atau halus, warna asal, pernah menjalani sebarang rawatan rambut atau tidak.

d) Nak tutup uban – warna-warna disyorkan (100%) – Black, Dark Brown dan Dark Red

e) Jika untuk mengubah warna dan gaya – lihat struktur rambut dan sekiranya mempunyai struktur rambut yang susah masuk warna, ada ada option dengan membeli dari kami dan gunakan khidmat saloon dan bleach.

APA YANG SPECIAL?

Ekstrak semula jadi iaitu minyak argan
mentega koko.

ADAKAH PEWARNA RAMBUT HALAL?

 Ya, semuanya pewarna rambut brand Gumash adalah halal kerana kandungannya bercirikan bahan yang tulen dan tidak memudaratkan. (tiada ammonia dan paraben)

2. Patuh syariah & telap wuduk?

Pewarna rambut TELAP AIR dan KANDUNGANNYA BAHAN-BAHAN
HALAL dan dibenarkan penggunaannya dalam ibadah. Setelah digunakan, jirim dan konsepnya adalah seperti inai iaitu elok, tidak melekit dan masuk
MENYERAP ke dalam rambut. Justeru, pewarna rambut ini jelas tidak menghalang air daripada masuk ke dalam rambut sekali gus hukumnya sah jika dikenakan ketika
wuduk ataupun mandi hadas.

3. Kenapa tiada pengiktirafan daripada JAKIM?

JAKIM tidak mengeluarkan sijil halal kepada SEMUA produk pewarna rambut di pasaran. Meskipun begitu, ia bukanlah bermakna pewarna rambut ini tidak halal. Sepanjang proses pembuatan pewarna rambut Gumash ini, kami sentiasa mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada pihak JAKIM
sehinggalah ke akhir proses supaya produk yang dihasilkan mesra muslim.

Bahkan pada masa yang sama, kami turut melibatkan dua konsultan syariah sepanjang proses penyelidikan supaya produk yang dihasilkan benar-benar telap air dan patuh syariah.

UMUR DAN MANFAAT

1. Disarankan bagi pengguna yang berumur 16 tahun ke atas

• Boleh digunakan tanpa mengira jantina
• Boleh digunakan sehingga dua kali bagi lelaki
• Bagi wanita yang berambut panjang pula, penggunaannya sakali sahaja dalam satu
masa.

2.  Ada manfaat ke warna rambut?

Rambut yang merupakan mahkota wanita dan lelaki adalah penting untuk dijaga
kerana ia menunjukkan keperibadian seseorang walaupun tidak secara menyeluruh. Tentunya warna rambut nampak lebih bergaya dan lebih berkeyakinan dengan penampilan diri.
Selain daripada itu, mewarnakan rambut juga menampakkan rambut kelihatan tebal dan lebih volume serta menjadikan muka kelihatan lebih bertenaga dan segar.

HUKUM DAN PENGGUNAAN

1. Hukum warna rambut dalam Islam?

Gumash meneliti hukum-hakam mewarnakan rambut dahulu barulah yakin
mengeluarkan pewarna rambut yang patuh syariah.

Aspek seperti tujuan mewarnakan rambut, jenis-jenis warna dan pewarna, pihak yang terlibat dalam proses
ini disamping kesannya pada diri sendiri dan orang sekeliling. Justeru, disini
disimpulkan jawapan hukum bagi persoalan ini:

• SUNAT mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna kecuali hitam.
• HARUS mewarnakan rambut dengan warna hitam atas tujuan jihad
• HARUS bagi isteri mewarnakan rambut dengan warna hitam atas tujuan berhias
untuk suami.
• MAKRUH mewarnakan rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
• MAKRUH mewarnakan rambut untuk kelihatan muda, mendapat kedudukan dalam
masyarakat dan sebagainya.
• HARAM mewarnakan rambut warna hitam bagi perempuan yang belum berkahwin.

2. Isu warna hitam tak dibenarkan?

Lelaki – sunat untuk mewarnakan rambut dengan warna apapun (asalkan tidak
bercanggah dgn budaya seperti biru dan hijau) selain dari warna hitam.
Warna hitam dibenarkan bagi tujuan b’jihad (cth: polis, tentera & lain2).

Bagi perempuan, warna apapun (asal tidak bercanggah dgn budaya seorang muslim
seperti pink, biru) dibenarkan asalkan menutup aurat dan tujuan berhias utk suami dan diri sendiri.

3. Kenapa Gumash mengeluarkan warna hitam?

Gumash mengeluarkan pewarna rambut hitam kerana pelanggan bukan sahaja
terdiri dari kalangan Muslim, malah non-muslim pun ada yang membeli pewarna
rambut Gumash kerana bahan-bahannya yg berkualiti & menyihatkan rambut. Bagi
kalangan non-muslim mereka bebas untuk mewarnakan rambut dengan warna hitam.
Selain itu, ada juga pelanggan kami yg bekerja sebagai polis (muslim) yg berminat utk mewarnakan rambut dgn warna hitam (bagi kes sebegini, mereka dibenarkan utk
mewarnakan rambut dgn warna hitam)

PENGGUNAAN

1. Bagaimana?

a) Pastikan anda tahu berapa banyak yang perlu anda gunakan untuk mewarnakan
rambut anda.

b) Rambut pendek orang lelaki yang sederhana tebal, cukup dengan setengah sukatan tube krim warna dan setengah sukatan botol developer lotion.

c) Rambut panjang bahu memerlukan 1 tube krim warna dan 1 botol developer lotion,dan rambut panjang tebal memerlukan sehingga 2 tube krim warna dan 2 botol developer lotion.

d) Setelah memastikan sukatan, campurkan krim warna dan developer
lotion di dalam botol developer atau mangkuk plastik, kacau dan biarkan selama
seminit untuk campuran sebati.

e) Setelah itu letakkan tuala di bahu untuk melindungi baju dari terkena pewarna.
Setelah itu, guna sarung tangan dan mulalah mewarnakan
rambut.

f) Ratakan pewarna di seluruh kepala. Guna ‘shower cap’ yang disediakan dan
biarkan selama 45 minit atau sejam. Setelah itu cuci rambut bersih-bersih
menggunakan syampu warna atau syampu biasa.

g) Letakkan ‘hair repairing mask’ dan
biar selama seminit.

h) Bilas rambut, keringkan dan gayakan seperti biasa. Untuk kesan
lembut maksimum gunakan Serum Gumash.

2. Berapa lama nak guna supaya terang?

Melalui Gumash, guna pewarna rambut selama 45 minit hingga 1 jam.

3. Boleh simpan krim warna dan developer lotion yang telah dibancuh/dicampur?

Tidak. Kadang-kadang apabila mewarnakan rambut terdapat lebihan bancuhan, ia
tidak boleh disimpan dan haruslah dihabiskan. Oleh itu penting untuk mengetahui
sukatan yang sesuai dengan rambut anda.

4. Warna mana yang tutup uban 100 peratus?

Warna asas gelap : Black, Dark Brown dan Dark Red adalah warna yang
menutup uban 100 peratus (100 percent grey coverage).

Warna-warna fesyen dan terang seperti Chestnut, Burgundy dan Copper menutup uban sekitar 80 peratus,
tetapi pada warna putih uban tetap timbul warna yang dipilih cuma ianya lebih terang.

Contoh: Warna burgundy pada rambut putih akan kelihatan merah maroon, dan pada
rambut hitam akan kelihatan warna dark burgundy.

SOALAN LAZIM

1. Kenapa warna tak lekat atau tak terang pada rambut?

Pewarna rambut Gumash adalah pewarna rambut bebas Ammonia. Ia tidak ‘force
open’ kutikel rambut, dan warna itu menyerap secara alami ke dalam rambut
(mengikut konsep inai masuk ke rambut). Oleh itu, pada sesetengah rambut seperti
rambut keras, tebal, atau rambut yang tidak pernah diwarna (virgin hair), kesan warna itu mungkin akan kurang. Ada beberapa tips untuk membantu warna lebih terang, seperti menggunakan steamer, highlighter, atau jugak mengenakan ‘Bleach’ sebelum
mewarnakan rambut.

2. Apa itu bleach?

Bleach rambut adalah proses melunturkan pigmen hitam / gelap pada rambut melalui
proses ‘oxidation’. Kebanyakkan Bleach mengandungi ammonia yang dicampur
dengan hydrogen peroxide untuk melunturkan warna gelap rambut. Proses Bleach selalunya dilakukan di Saloon kerana ianya memerlukan kepakaran professional.

Proses Bleach selalunya akan menjadikan rambut kering dan keras, tetapi sesetengah
pelanggan masih mahu rambut di Bleach kerana selepas proses Bleach warna akan
mudah masuk dan pelanggan akan mendapat warna yang diidamkan dengan mudah.

Tetapi pada masa ini sudah banyak pakej Rawatan Rambut dan penjagaan lanjutan
di rumah yang mana rambut yang telah di Bleach dan di warna, ia akan tetap sihat,
hydrated dan kuat. Pewarna rambut Gumash mengandungi Minyak Argan dan
Mentega Koko yang mana membantu menyihatkan dan melembutkan rambut. Serum Gumash sangat membantu untuk menjaga kesihatan rambut yang telah di Bleach dan diwarna. Disarankan untuk meminta nasihat pakar di Salon sebelum mengambil keputusan untuk Bleach rambut dan mengetahui penjagaan selepasnya.

3. Bolehkah sekiranya 2 warna yang berasingan dicampur seperti Dark Brown dengan Chestnut, atau Copper dan Burgundy?

Ya. Warna-warna boleh dicampur dan digayakan dengan kreatif.

4. Kenapa bagi sesetengah orang warna nampak terang dan bagi sesetengah orang
warna susah untuk nampak?

Ini bergantung kepada keadaan dan tekstur rambut seseorang. Antara faktor yang
menyebabkan warna senang nampak terang ialah apabila tekstur rambut halus,
rambut tidak terlalu hitam pekat dan rambut yang pernah menjalani proses
pewarnaan, ‘rebonding’, ‘perming’ dan lain-lain proses rawatan rambut. Faktor yang
menyebabkan warna susah untuk nampak ialah apabila tekstur rambut itu tebal,
warna rambut hitam pekat, dan rambut yang tidak pernah menjalani apa2 rawatan
rambut (“virgin hair”).

Testimonials

What People Are Saying

“Pewarna rambut Gumash sangat tak berbau, senang pakai sendiri di rumah.”

Aisyah

Shah Alam

“Puas hati, nak beli combined color next time”

Aina

Kuala Lumpur

Our Blog

Latest Articles

Creative Good Luck Card: Send E-card

Creative Good Luck Card: Send E-card

Disclosure: Some of the links below are affiliate links, meaning, at no additional cost to you, I will earn a commisson if you click through and make purchasePublish mobile apps in 2 days My 1st Greeting CardI able to published my mobile apps in only 2 days after...

In love with Jane Austen Ebook

In love with Jane Austen Ebook

EBook Disclosure: Some of the links below are affiliate links, meaning, at no additional cost to you, I will earn a commisson if you click through and make purchase  I attended MobileApps Webinar conducted by trainer and founder Kartina Abdul Ghani from Apps Master...

Malacca / Melaka short vacation

Malacca / Melaka short vacation

VideoA Famosa Melaka Resort - short vacayInitially I wasn't sure what should I come out with my second video with Doodly. It so happen that I planned a short trip to Melaka ( Malacca ) with my sister's family and my parents. Our trip to Melaka was just around A Famosa...

About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

    Share This